MAKSUD-MAKSUD

Terdapat beberapa maksud- maksud di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dalam islam


Maksudnya : "Tuhan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya dari langit ke bumi kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-Nya pada suatu masa yang banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa."  (surah as-Sajadah, ayat 5)

Maksudnya : " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian ia bersemayam di atas arasy mentadbirkan segala urusan. Tiada siapa pun memberikan syafaat melainkan dengan izin-Nya. Itulah Allah tuhan kamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintah-Nya, patutkah setelah mengetahui kenyataan tersebut - tidak mahu mengingati-Nya ? "(surah Yunus, ayat 3)

Yudabbirul amr ialah satu ungkapan yang disebut didalam  ayat-ayat al-Quran yang membawa maksud mengatur segala urusan dirasakan sesuai untuk menjadi latar belakang dan teras kepada definisi Islam terhadap pengurusan dan pentadbiran . Al-Bura'ey dalam salah satu tulisannya menjelaskan takrif yudabbirul amr ini. Sebagai merangkumi keupayaan merancang, merencana,mengarah, mengatur, mengurus, dan mentadbir sesuatu urusan.

No comments:

Post a Comment