KONSEP - KONSEP



Mari kita membaca surah di atas terrlebih dahulu :)





    Pengurusan islam bukanlah satu bentuk pengurusan yang baru muncul tetapi ia telah lama walaupun bukan dalam bentuk satu institusi kebajikan, syarikat atau organisasi khusus. sistem pengurusan islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada al quran dan as sunnah. pengurusan dalam islam amat diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Selain itu, pengurusan bukan sahaja tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam sesuatu organisasi. Pengurusan mempunyai pelbagai definisi yang diberikan sarjana - sarjana pengurusan. Adakalanya pengurusan dirujuk satu proses, yang merupakan sesuatu usaha pengurusan yang merancang dan menggunakan segala keupayaan untuk mencapai matlamat.

HAROLD KOONTZ

Harold Koontz dan Heinz Wiehrich mentakrifkan satu pengurusan sebagai proses merancang dan memilihara persekitaran apabila individu bekerja bersama-sama dalam kumpulan, mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. Pendapat lain pula, Wan Azmi berpendapat bahawa pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya.

Pentadbiran untuk mengurus sesuatu organisasi,seorang pentadbir atau peminpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.Menurut Derek French dan Heather Saward,perkataan 'administration' berasal dari perkataan latin 'administrare', yang bererti menjaga.Ia sinonim dengan perkataan 'management'.Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka pentadbiran bermaksud perbuatan melaksanakan urusan menggelola.Dengan kata lain perkatan bermaksud satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebangai ejen dalam hal ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan.

Menurut Ahmad Zaki Badawi pula,pentadbiran bermaksud menyelaraskan tenaga  individu dan jemaah dengan tujuan mencapai matlamat.Ia juga berkaitan dengan kebolehan pengurusan kerja dan perhubungan dan pengurusan.
IBN KHALDUN

Manakala Ibnu Khaldun,mendefinasikan pentadbiran sebangai suatu kegiatan masyarakat dalam menguruskan hal-hal kemanusiaan,berkumpulan dan bermatlamat.Beliau juga menyatakan pentadbiran islam adalah ira sati ad-din wa siyasatun dunya bih(meletakkan agama di tempat yang paling tinggi dan mentadbir dunia dengannya).Para saujan pengurusan berpendapat bahawa pentadbiran dan pengurusan memberi pengertian yang sama dari segi pengistilahan..Walau bagaimanapun,sesetengah penulis lebih suka menggubakan istilah pentadbiran bagi organisasi yang tidak bertujuan mencari keuntungan seperti jabatan-jabatan kerajaan.

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa tiada garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran,Boles dan Davenport menyatakan bahawa pentadbiran dan pengurusan adalah fungsi yang sama iaitu merancang,menghimpun dan menganalisis,mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan.



Sumber rujukanNurshahiza Binti Mohamad Isa, Rosmawati Binti Razak, Mohamad Suhaimi Bin Ismail, "Pengurusan Dalam Islam", Cetakan Keempat 2015, Politeknik Seberang Perai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment